Reposted by PKP pmneus
Food for thought:
BANGSA MALAYSIA : BERSATUPADU & HIDUP DALAM HARMONI.....
Lagu patriotik negara Malaysia menyatakan, “Kita satu bangsa, kita satu negara dan kita satu Malaysia.” Lirik ini menyatakan, masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan hidup dalam keadaan yang harmoni dengan satu wawasan. Persoalannya, sekiranya masyarakat Malaysia hidup bersama-sama, kenapakah mereka mengenalkan identiti dirinya dengan menggunakan bangsa masing-masing tanpa menggunakan bangsa Malaysia? “Saya orang Melayu, saya orang Cina dan saya orang India,” inilah yang sering disebut oleh masyarakat Malaysia. Tetapi dalam masa yang sama lagu-lagu ataupun filem-filem dalam media memaparkan tentang “Bangsa Malaysia.”
Adakah itu setakat paparan ataupun propaganda pihak-pihak tertentu?
Hakikatnya, perkataan-perkataan patriotik seperti itu hanya setakat mewujudkan satu keadaan yang harmoni antara masyarakat yang berbilang kaum. Namun realitinya, rakyat hanya mementingkan bangsa mereka tersendiri dan bersifat individuvalistik tanpa memikirkan kepentingan orang lain. Disebabkan teknologi yang maju dan perkembangan ekonomi menyebabkan ramai daripada kita hanya mementingkan dirinya sendiri tanpa mengamalkan nilai-nilai berdemokrasi.
Terdapat banyak persoalan tentang hak masing-masing dan keperluan setiap bangsa sehingga mewujudkan berlaku kekecohan antara satu sama lain. Bagaimana pula dengan masyarakat pribumi dan Bumiputra Sabah dan Sarawak? Mereka hanya menerima apa yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu tanpa mempersoalkan disebabkan kekurangan pengetahuan dan kurang peka dengan isu-isu semasa.
Walaupun kita menikmati pelbagai kelebihan berbanding mereka, tetapi masih wujud jurang antara kaum dan sikap sentiasa mengetengahkan bangsa masing-masing. Sekiranya, semua bangsa termasuk masyarakat pribumi, Sabah dan Sarawak bersatu menjadi satu bangsa Malaysia, tiada hairanlah jika Malaysia akan menjadi sebuah negara demokrasi contoh di Asia.
No comments:
Post a Comment